Profile

Koperasi Usahawan Internet Selangor Bhd (KPUISB) diwujudkan selaras dengan kempen kerajaan Malaysia untuk memacu pembangunan ekonomi dengan mewujudkan lebih ramai usahawan. KPUISB dikenali ramai melalui Program Pembangunan Usahawan Internet yang unik dan berkesan.

Koperasi Usahawan Internet Selangor Bhd telah berkembang dengan pesat sejak penubuhannya pada Januari 2009 dan ianya akan menjadi platform kepada individu, badan-badan kerajaan, pihak swasta mahupun korporat secara keseluruhannya untuk melahirkan usahawan internet.

Koperasi Usahawan Internet Selangor Bhd telah berjaya melahirkan lebih daripada 100 orang usahawan internet melalui program-program yang dirancang dan dikawal selia secara professional serta kaedah perniagaan internet yang mudah, praktikal dan berkesan.

Sejak ditubuhkan sehingga Februari 2010, Koperasi Usahawan Internet Selangor Bhd telah mempunyai ahli lebih daripada 220 orang.Pada tahun 2010, Koperasi Usahawan Internet Selangor Bhd telah mensasarkan kenaikan lebih 100%  dalam melahirkan lebih ramai usahawan internet. Melalui sistem sokongan pelajar yang professional, pemasaran yang unik, promosi yang berkesan, sokongan dari rakan niaga, sokongan kerajaan mahupun pihak swasta dan sistem pengurusan yang cekap dan professional, Koperasi Usahawan Internet Selangor Bhd yakin dapat melahirkan 1000 usahawan internet dalam setahun.



“Keratan akhbar Harian Metro, 11 Feb 2010

Lokasi

Lokasi Koperasi Usahawan Internet Selangor Bhd bertempat di Kelana Mall, Kelana Jaya amat strategik kerana ia berdekatan dengan Giant, Universiti, pejabat kerajaan dan pejabat swasta amat memudahkan orang ramai untuk mendapatkan khidmat sokongan dan nasihat berkenaan perniagaan internet.

Objektif Koperasi

  • Memberi kesedaran dan pemahaman sebenar mengenai perniagaan internet kepada orang ramai.
  • Memberikan pendidikan dan latihan serta sistem sokongan yang bermutu tinggi dan professional kepada khususnya ahli-ahli koperasi dan orang ramai amnya.
  • Membantu serta menyediakan peluang kepada sesiapa sahaja untuk memulakan perniagaan internet

Misi

Bergerak atas moto “1 Keluarga 1 Usahawan” Koperasi Usahawan Internet Selangor Bhd meletakkan aras yang tinggi dalam kualiti pengurusannya. Misi utama KPUISB adalah menjadi organisasi yang terbaik dengan menyediakan pemasaran yang kreatif dan inovatif disamping menyediakan solusi yang berkualiti tinggi kepada pelanggan-pelanggan, pengguna, rakan niaga dan juga ahli-ahli KPUISB.

Facebook

Testimonial

Tags

Random Testimonial